Kita semua perlukan duit, kan...?
Maybe kita perlukan cash untuk tujuan-tujuan berikut:
Kahwin
Renovate rumah
Pergi melancong
Tunaikan Umrah
Nak settle tunggakan kad kredit
Sambung belajar
Ada banyak lagi sebab kita perlukan duit, cuma adakah kita tanya diri kita dari mana sumber kita dapatkan duit tersebut..?
Kalau pinjam duit dari mak ayah, sedara mara, kengkawan dan tanpa balasan kena bayar lebih, memang takde hal. Takde la dosa Riba.
Tapi masalahnya, ramai juga yang MEMINJAM dari bank dan institusi kewangan yang terang-terang mengenakan Riba (bunga/interest/usury) ke atas pinjaman tersebut.
Contoh ye:
Saiful MEMINJAM duit RM40,000 dari Bank Riba Anonymous, untuk tempoh 5 tahun, dengan bayaran interest 8.5% setahun. Oleh itu, secara TOTAL, Saiful kena bayar balik RM40,000 (principal) TAMBAH RM17,000 (interest), so RM57,000 semuanya. Saiful kena bayar RM950.00 pada setiap 17 haribulan dan kalau lewat, ada penalty lagi dengan kiraan harian.
Cuba bandingkan dengan:
Ah Kong mendapatkan PEMBIAYAAN PERIBADI sebanyak RM40,000 dari Bank Halal Tanpa Riba, untuk tempoh 5 tahun dengan bayaran UNTUNG sebanyak 8.5% setahun. Ah Kong kena bayar balik sama gak amaun dengan apa yang Saiful bayar dan still bulanan kena bayar RM950.00 pada setiap 17 haribulan.
Cumanya kalau Ah Kong terlewat bayar, contohnya dia bayar pada 25 haribulan; Bank Halal Tanpa Riba ni takde charge penalty lewat bayar.
Nampak macam sama kan...? Cuma mungkin ada beza kat istilah; Interest jadi UNTUNG. Pinjaman jadi PEMBIAYAAN. Nampak sama kan...? Seolah hanya permainan kata-kata Islamik dan istilah, kan...?
Betulkah camtu?

Jawapannya, mestilah TIDAK.
Cuba tuan-tuan/puan-puan tengok lak contoh kat bawah. Rasa-rasa sama tak Senario A dan Senario B.
SENARIO A
Adam Johnson (bukan nama sebenar) memakan ayam KFC kat Illinois (contoh aja) , USA. Ayam KFC seperti yang diketahui umum, sama je rasa dan kelazatannya seluruh dunia. Packaging pun cantik, harga boleh tahan (mampu beli) dan restoran pun bersih. Kiranya boleh tahap 'A' lah kalau ikut nilaian kebersihan Majlis Perbandaran Illinois tu.
SENARIO B
Karim Benzema (bukan nama sebenar) makan ayam KFC kat Gombak, Malaysia. Kat OTK nuh. Ayam sama sedap, bau pun sama, packaging sama, harga mampu beli dan kebersihan kedai yang tahap A gak. Semua sama dengan ayam yang dimakan Adam Johnson kat Illinois sana, kecuali ayam kat sini confirmed disembelih dengan cara Islam dan HALAL.
Adakah senario A dan B sama? Ayam KFC juga kan, rasa sama, bau sama, semua sama!
IMPLIKASI HUKUM
Walaupun nampak pinjaman (loan) dengan pembiayaan (financing) tu macam sama, tetapi ianya SANGAT BERBEZA. Ianya ada implikasi hukum yang berbeza; Loan dengan
interest (riba) tanpa syak, adalah HARAM. Tetapi pembiayaan (financing) dengan kadar untung (
profit rate) adalah HALAL.
Ada wang lebihan yang dibayar kat Bank selain amaun asal tidak bermakna ianya adalah sama dengan Interest/Riba.
Aqad antara Islamic bank dengan pelanggan dan agreement antara pelanggan dengan Bank Riba Konvensional SANGAT TIDAK SAMA.
BBA
Telah jelas pengharaman RIBA di dalam Al Quran, di mana tercatat di dalam Surah Al Baqarah, ayat 275 maksudnya:
"Dan dihalalkan jual beli dan diharamkan riba"
So, dah jelas. Riba HARAM, tetapi jual beli adalah HALAL.
Camne Bank Al Rajhi berniaga...? Jual apa...?
Di dalam flow perdagangan biasa, pemborong akan membeli barang secara borong dari kilang (pengeluar). Pemborong pula akan jual kepada peruncit. Peruncit pula akan jual kepada pembeli.
Bank Al Rajhi menggunapakai flow ini, di mana Al RAJHI BANK akan menjadi pemborong, membeli secara bulk dari pengeluar. AL RAJHI pula akan jual barang-barang kepada peruncit. Di dalam stage ini, pelanggan yang ingin mendapat financing dari AL RAJHI akan menjadi peruncit dan membeli barang dari AL RAJHI.
Sekiranya En. Kamil memerlukan wang tunai segera dari Bank Al Rajhi untuk membiayai majlis perkahwinannya, En. Kamil lah yang akan menjadi peruncit di dalam flow begini. Beliau akan membeli barang-barang (contoh seperti white board, susu tin, MILO) dari Al Rajhi Bank secara tangguh. Beliau akan bayar secara ansur-ansur kepada AL RAJHI dengan pihak bank meletakkan profit ratenya.
En. Kamil yang kini telah memiliki barang-barang jualan (disimpan di gudang) akan menjualkan barang-barang tersebut secara CASH kepada pembeli akhir yang dicari oleh Al Rajhi Bank. Segala urusan akad antara beliau dan pembeli akhir barangan jualan tersebut akan diuruskan oleh Al Rajhi Bank.
Mudah bukan...?
Bank Al Rajhi beli barang dari pengeluar, jual sebagai pemborong kepada En Kamil (sebagai peruncit) secara tangguh. En. Kamil pula akan jual secara CASH kepada pembeli akhir yang dicarikan oleh Bank Al Rajhi untuk dia mendapatkan pembiayaan yang beliau inginkan untuk majlis perkahwinannya.
So, kita dah tahu yang:
- BUKAN Al Rajhi Bank yang bagi duit kat En. Kamil.
- PEMBELI AKHIR yang beri duit kepada beliau kerana En Kamil jual secara CASH.
- Bayaran bulanan yang dibayar En. Kamil kepada Bank adalah bayaran ansuran barang-barang yang dibeli, BUKAN bayaran balik PINJAMAN.
Dah jelas, Riba dari kontrak pinjaman adalah HARAM, tetapi keuntungan yang Bank ambil dari jualan barang-barang kepada En. Kamil adalah HALAL.
En Kamil boleh juga cari pelanggan (pembeli akhir) sendiri, yakni bukan pembeli akhir yang Al Rajhi Bank carikan. Manalah tahu, pembeli yang beliau cari sendiri tu sanggup beli dengan harga lebih tinggi dari pembeli yang Al Rajhi Bank carikan.
Oleh itu, semasa proses akad antara Bank Al Rajhi dan En. Kamil, En. Kamil ada pilihan samada untuk:
PILIHAN A: Beli barangan dari Al Rajhi Bank secara bayaran ansuran bulanan dan jual kepada pembeli akhir yang dicari Al Rajhi Bank. Di sini, barang-barang yang kini milik En. Kamil yang disimpan di dalam gudang, akan dihantar kepada pembeli akhir yang dicarikan pihak Bank.
PILIHAN B: Beli barangan dari Al Rajhi Bank (ansuran) dan simpan barangan tu kat rumah. Manalah tahu, nak guna banyak-banyak MILO tu, susu-susu tin tu. Di sini, tiada akad antara En. Kamil dengan mana-mana pembeli sebab beliau nak barangan tu untuk kegunaan sendiri kat umah, bukan untuk dijual.
PILIHAN C: Beli barangan dari Al Rajhi Bank (ansuran) dan beliau sendiri mencari pembeli. Oleh itu, barangan yang disimpan di gudang akan terus dihantar ke tempat pembeli akhir yang En. Kamil sendiri cari.
Mudah kan...? Menarik tak...?
So, kesimpulannya Al Rajhi Bank gunakan konsep BBA (Bai' Bithaman Ajil) iaitu Jualan Tangguh Bayaran bilamana menjual secara tangguh dan ansuran bulanan kepada peruncit.
Bilamana jualan itu dibuat secara tangguh, harus bagi penjual untuk meningkatkan harganya. Nilai masa dalam jualan BBA itu melayakkan Bank untuk meletakkan harga berbeza berbanding harga yang dibayar secara CASH kepada Bank. Contohnya:
Jika peruncit (En Kamil) membeli susu-susu tin dari Bank secara CASH: Harganya RM20,000. Tetapi, sekarang beliau membeli secara tangguh, ansuran bulanan, maka harganya tidak lagi RM20,000 tapi boleh meningkat kepada RM25,000. Lebihan RM5,000 itu HARUS diambil pihak penjual (Bank) oleh sebab penangguhan bayarannya.
Di dalam perkara ini, boleh refer buku:
'Panduan Perbankan Islam, Kontrak & Produk Asas' oleh
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Inilah sedikit sebanyak konsep yang digunapakai oleh Bank Al Rajhi yang diterangkan dengan amat ringkas. Oleh itu, adalah jelas, dalam konteks pembiayaan peribadi ni, Al Rajhi Bank BUKAN bagi loan, tetapi tolong uruskan pembiayaan untuk pelanggannya yang memerlukan wang tunai segera.
Ini tidak bermakna Islamic bank yang lain atau Al Rajhi Bank tidak ada memberi sebarang jenis loan. Ada, tetapi yang tiada pulangan tambahan seperti Qard (pinjaman biasa, tiada bayaran lebih).
Jika ada sebarang soalan, boleh e-mailkan ke:
rajamohd@alrajhibank.com.my atau
randori18@yahoo.com
Wallahua'lam